Thursday, February 26, 2015

rindu dulu

dulu, apa apa kita sama sama. cerita sedih engkau. cerita hambar aku. marah marah engkau. over thinking aku.

tapi, tu dulu.

aku tak salahkan kau.
aku yang tak ada masa.
aku yang angkat kaki dari cerita.
aku hilang, tak tahu arah ke mana.
ya, aku hilang. kejap. aku pilih untuk sendiri. tengok kanan kiri. tengok orang dari mata hati.

tapi, bila tadi, kita duduk sekali, aku tahu kita sudah tak sehati, tak sekaki, tak sebati. dah jauh hati pergi.

seronok aku tengok kalian gelak sakan.
teringin juga ada teman.

jujur, aku rindu. rindu sangat.
tapi aku tahu. tu dulu.

thank you. sorry, salah aku.

Friday, February 20, 2015

redup

pejam mata. rasa panas matahari. rasa bahang di kaki. angin laut menyapa .

aku celikkan mata. nampak sinaran matahari dicelah rantingan pokok. dengan background langit biru dan awan nipis seputih salju.

tak ada hiruk pikuk. cuma dengar bunyi kapal terbang langit bergema. aku pejamkan mata. tersenyum seketika. mungkin ini ketenangan yang aku minta.

😃

p/s: aku dekat pd. dengan family aku and my second family; family kak fatin. just some sweet escapism. tenang rasa. subhanAllah. how Allah created the nature that could give us this peace. escape kejap dari kerja kerja stress dunia. doakan test ok,event ok 😃

Monday, February 16, 2015

hudud

the beauty of islam can also be seen through hudud.

tak semestinya potong tangan je. so many stages sampai ke tahap itu.

kalau orang berzina, kena ada 4 orang saksi lelaki yg adil. if the 4 guys saw the maksiat is going to happen, logically they'll stop it,prevent the things from happening.

bila hudud jalan, orang pun takut nak buat jahat.

dan bila seseorang itu dihukum dengan hukum hudud,insyaAllah dia terlepas balasan akhirat. so mana kau nak?

and of course,we as a muslim, have to educate our non muslim friends. if only the can see the beauty that lies within. kalau depa tak faham,depa takkan or taknak terima. first thing first,buat orang faham.

lucky klate to be ruled by TGNA. Al fatihah